PENGENALAN  

Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self learning). Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri. 

Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuk sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat.

Proses pembelajaran di Pusat Akses Sekolah boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

Pusat Akses Sekolah memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dan mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat. 

 MATLAMAT

Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk :- 

1. Membudayakan penggunaan ICT di sekolah.

2. Mengurangkan nisbah komputer dengan murid.

3. Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid.

 OBJEKTIF 

Objektif Pusat Akses Sekolah ialah :- 

1. Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai matlamat.

2. Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri lebih berkesan.

3. Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran. 

JAWATANKUASA ICT 

PENAUNG

EN. ZAKARIA BIN ABU HASSAN

 GURU BESAR

 PENGERUSI 

EN. KHALID BIN HAJI MOHAMAD

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

SETIAUSAHA

EN. ZAINOL AZREEN BIN ZAKARIA

GURU BESTARI 

 PENOLONG SETIAUSAHA

PN. NOOR AIDAH BINTI ROSLAN

JURUTEKNIK KOMPUTER

 BENDAHARI

EN. AZMAN BIN HASHIM

GURU BAHASA MELAYU

 AJK

EN. MUHAMMAD AKHYAR BIN ARZMI

GURU SAINS

 AJK

EN. SUHAIMI BIN SULAIMAN

GURU KEMAHIRAN HIDUP

 
Make a Free Website with Yola.